Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, September 27, 2012 0 comments

Kayuh Malam - Training elakkan cramp masa UPM Fete

Punyalah lama tak berkayuh malam sejak bulan puasa dulu dengan geng BBS Cyclist (Team Siput). Kali ni setelah mendapat restu orang rumah tersayang dan juga setelah settlekan budak comel lagi manja kat rumah tu, akoo pun plan nak berkayuh. Asal nak kayuh petang tapi kayuh malam. So akoo ajak la Syabrie yang duduk satu blok dengan akoo tu. Mulanya dia macam tak ON. Tapi berjaya di-ON-kan juga. Dia pun layan UPM Fete tapi tak training. Cramp karang baru tau. 

Jambatan depan PICC

Oleh kerana crank akoo tetiba buat hal, kayuh kurang smooth jugak la. So akoo cadang nak pusing-pusing sekitar PICC-Jambatan-PICC je. Nak naik sampai atas PICC memang dah tak leh dah. Then Syabrie ajak pusing sampai ke Masjid Putra ikut jalan dataran. So ikutkan saja tapi memang kayuh dalam keadaan susah, slow dan melawan angin kuat jugak. So dapat juga la 17.3km dalam masa 56:55. Average speed dia 18.2km/h. Tracking pakai Sports Tracker.

Pit stop kat Masjid Putra
Tuesday, September 25, 2012 6 comments

Sorang-sorang je layan PCP (22/9/2012)

Setelah malam yang penuh hujan dan padang di perkuburan Persint 20 pun digenangi air bertakung, kelihatan tidak ramai basikalis menyusuri laluan PCP. Geng BBS pula meredah hutan di Taman Rimba Alam - Sungai Merab dan akoo pula sibuk berkemas di rumah sebab Abah, Mak ngan Uwan nak datang tengah hari nanti.

Tapi mata ni dok perati je kat PCP dari tingkap. Oleh kerana suasana yang redup maka sesuai sangatlah nak meredah walaupun pada masanya matahari sudah tegak di kepala cuma awan menjadi perisai kepada panahan sinaran ultra violet. So selesai aje berkemas, akoo bersiap dan keluar rumah menuju ke PCP berseorangan.

Masa tu dalam 11.15 pagi. Di gazebo pertama ada juga beberapa basikalis sedang bersidai seperti sudah menamatkan acara masing-masing.

"Licin ke bang?" akoo bertanya.

"OK. Cuma ada tempat nak kena berhati-hati sikit"

Akoo pun turun. Slow je. Dengan ketidak-fit-tan akibat lama bercuti dari kayuhan jarak jauh ditambah pula fobia yang masih bersarang di dalam jiwa so kayuhan amat perlahan dan turun bukit dengan penuh hati-hati. Naik bukit tak yah cerita sebab pakai MTB kan... Mari Tolak Basikal sudah....

Lepas naik dari bukit panjang lepas Rock Garden

Sorang. Takde orang. Orang rehat sementara tunggu Jamboree Sungai Buaya kot esoknya. Sampai la ke gazebo yang bawah ni pun akoo sorang jugak lagi. Pace memang slow abis.

Pun sorang jugak tu.

Muncul la sorang brader pakai full-sus Specialized. Rasanya dia ada kat gazebo pertama tadi tengah lepak. Borak-borak khabarnya duduk Shah Alam kerja di UM kenalan kepada Zidan Pkum. Selang tak berapa lama datang lagi sorang full-sus Giant brader dari Nilai yang datang kayuh dengan isteri. Lepas tu kayuh bertiga plak. Cuma down-hill lepas melintas pipe line tu akoo hilang imbangan dan terpaksa melepas basikal serta landing dengan bersedia.

Nasib baik ada orang teman sekejap. Pastu semua pecut dan hilang.

Diorang ni laju. Lepak sekejap je. Pastu terus meluncur naik ke menara pandang last tu. Diorang kayuh, akoo menolak. Pastu tak jumpa dah. Trail tak berlumpur walaupun agak licin dengan tanah yang agak loose. Tapi tak de la sampai tayar jadi donat kacang macam kayuh dalam sawah. Lepas settle basuh basikal, akoo balik ke rumah. Pukul 12++ lebih jugak sampai. Ok la tu.
Thursday, September 20, 2012 0 comments

Cyclist Killed!!! (International)

Berita di Yahoo.co.uk (klik sini)

Pelumba pasukan Spain - Euskatel Euskadi - Victor Cabedo, 23 tahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya semasa berlatih di lebuh raya. Mendiang baru sahaja berlumba di dalam Tour of Britain baru-baru ini dan mempunyai prospek yang cerah dalam sukan lumba basikal.


Thursday, September 6, 2012 0 comments

Event@NC Milan - Tampin Nature 02 Disember 2012 (Tukar tarikh)


Tampin Nature MTB Ride 2012
Ahad 02hb Disember 2012 ( 7.00 pagi )
Stadium Tampin dan sekitar daerah Tampin
Maklumat lanjut: (Klik Sini)

Peta laluan Tampin Nature
Wednesday, September 5, 2012 0 comments

31 Ogos - Makan tanah di PCP

Sempena Merdeka ke-55, akoo dengan geng budak kilang Meditop - GTRiders meredah Putrajaya Challenge Park (PCP) atau nama Melayunya - Taman Cabaran Putrajaya meredah hutan. Walaupun pada asalnya akoo tak nak masuk hari Jumaat tu sebab nak layan ngan Geng Team Siput BBS hari Sabtu tapi entah macam mana akoo layan jugak hari Jumaat. Akoo dah terlambat so tunggu kat bawah dan tiba-tiba muncul Hazrul09 dan Zulsaturn (BBS) disertai oleh Qassim Merida O-Nine dan 2 orang lagi geng Bandar Kinrara.

Dengan confident akoo melusuri semua halangan dengan selamba berkat brek yang dah upgrade dari mekanikal ke hidraulik. Kali ini kitorang turun di trek tak bernombor atau akoo panggil 'Trek Jonz' cuma tak lalu Trek No. 2 sahaja. Oleh kerana otot dah kendur skit dan perut penuh hazard kuih raya, maka kebanyakkan pendakian lebih dinamakan penolakan sahaja.

Oleh kerana Allah nak memberi sedikit peringatan kat akoo, final corner sebelum sampai ke starting point akoo tersembam setelah terbalik kuang. Turun agak laju (confident lebih sambil riak dalam hati), sekali sedang brek ada lekuk skit. Tayar depan masuk, fork menyerap hentakan, tayar lock dan tayar belakang terangkat ke depan. Kedebum! Nangka busuk dah.

Kalau terbabas buleh sempat lompat ke tepi, pegang dahan, peluk pokok. Tapi kalau kena balik kuang nih memang makan tanah le jawabnya tak sempat nak nak golek-golek dah. Calar-calar je tapi 3 jari belah kiri agak kebas sampai ke hari ini tapi insyaAllah tak de ape yang teruk kot sebab rasanya bengkak sahaja. Terus macam blur lepas tu. Bukan sebab kepala terhentak tapi tak puas hati rekod tak pernah jatuh di PCP terlebur akibat perasaan terlalu yakin.

Tapi geng GTRiders pun rupanya semua dikhabarkan terjatuh. Yusri jatuh di tempat yang sama. Hashni tak pasti jatuh di mana tapi nampak kecederaan lebih serius. Haji Ikram pun mengaku jatuh tapi dia agak hampir pitam semasa di gazebo mengadap kuarters.

Dari kiri Hazrul09, ZulSaturn, Danny, Zack & Qassim

Sabtu pagi badan agak sengal-sengal jadi akoo tak jadi kayuh dengan geng BBS. Tapi datang juga ke PCP tunjuk muka sempatlah jumpa Maxxdin dan DsBke Wan.
 
;