Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Monday, May 28, 2012 4 comments

Kayuhan Off Road di Kota Warisan (repeat) - 20 Mei 2012

Leader - Asnor Izam sedang menaikkan motivasi peserta

Mamat DH yang terkesima dengan kehebatan pengayuh GTRiders (Yusri & Haji Ikram)

Route aritu - 12km+ jer...

Akoo memang dah lama set nak layan trek ni. Set untuk repeat selepas perkayuhan pertama kali dulu. Kali ini 6 basikalist telah turun termasuk 3 dari GTRiders (akoo, Yusri ngan Haji Ikram), 2 senior akoo (Asnor dan Gagek) dan seorang new comer. Kebetulan pula hari ini ada PIPR kat Putrajaya. Tapi nafsu nak layan off road lebih kuat. So akoo teruskan juga niat ke Kota Warisan Estet Kelapa Sawit ni. Sebabnya, kalau PIPR akoo akan layan basikalipat jer.

Details workout ada di Sports Tracker - (Klik sini)
Wednesday, May 23, 2012 0 comments

3rd MCC Muar Pagoh Agro Bazaar MTB Jamboree 2012


Maklumat lanjut: (Klik sini)
Tarikh: 1 Julai 2012
Tempat: Agro Bazaar Pagoh
Jarak: ±50km
Yuran: RM50 (early bird - sebelum 21/05/2012) RM60 lepas tu
Tutup: 10/06/2012

Hadiah lucky draw:

Lefty

Dorcus

Frame - Dorcus

Monday, May 21, 2012 0 comments

U-Go Sunset Sightseeing at Seaside - Bagan Lalang

Sabtu baru ni, Orang Ghumah ajak gi ke Bagan Lalang bawa Abang Adam Anak Soleh main layang² beserta acara makan kek birthday akoo yang ke-3². Muda lagi kan? Parking dekat dengan area surau tu. Tengok ada orang sewa basikal berkuasa bateri. Menarik gak ni. Macam kat Siam plak rasanya.

Bila dah settle sementara nak tunggu maghrib tu, baru akoo teringat yang mamat U-Go akoo ada bawak dalam boot. So akoo pun bawak la keluar dan riding la kat situ. Try bawak ke pantai. Tak buleh nak kayuh langsung. Jadi amik gambar je la….

Basikal berkuasa bateri

Bateri. Tak perlu kayuh²

U-Go ni kalau ada orang lemas, tak leh nak tolong

Pastikan pantai sentiasa bersih tau...

Lagi setengah jam nak maghrib

Tukar setting

Lambat lagi nak maghrib, tak terkayuh atas pasir tu

Setting pemandangan - cerah skit

Laut meluas...

Setting - sunset

Sexy Sunset

Bergambar dengan saudara

Saudara setayar lain kuasa

Friday, May 18, 2012 0 comments

Jemputan berkayuh - 18 Mei 2012 (Night Ride)

GTRiders dengan bangganya menjemput tuan-puan berkayuh bersama kami di Putrajaya


Tarikh: 18 Mei 2012
Kumpul: Presint 5, Putrajaya (Sebelah jambatan PICC)
Masa: 9.00-9.20 malam
Gerak: 9.30-11.00 malam
Jarak: 25km++
Corak kayuhan: Separa lasak separa santai
PIC: Joe Radzif (o|3-3o3 6644)

See you there....
Thursday, May 17, 2012 3 comments

PIPR16 - Pertandingan Fotografi


Sila baca. Jangan malas.
Orang malas selalu rugi. Macam keldai menarik pedati.
0 comments

PIPR16 - Route


Route untuk PIPR16 sudah pun dikeluarkan oleh pihak yang bertanggung-jawab. Start di Wetland - tempat yang sama masa Putrajaya MTB Jamboree ari tu. Akoo tengok most of the route akoo dah pernah cecah kecuali kat Taman Saujana Hijau tu. Biasalah ni santai kan. Akoo tak join kali ni. Bukan sebab akoo dah anti dengan PIPR. Tapi akoo dah set event lebih awal untuk layan Kota Warisan pada 20/5 ni. 
Wednesday, May 16, 2012 0 comments

Market Watch: Montague Crosstown Bike



Advertised at (Klik sini) - Mudah.my

Condition: 99% (Used)
Price: RM2200

Details:
- 7 Speed
- 700c tires
- Shifter - sram twist shifter
- RD - sram x-3, long cage
- Folding size: 36"x28"x12"
sms: 012-393 6101 (Liew)
Thursday, May 10, 2012 0 comments

Target 40km tapi cuma dapat 35km...

Memandangkan beberapa basikalis tegar tidak free malam ini (Selasa malam Rabu - 8 Mei 2012) so akoo berkayuh dengan Haji Ikram sahaja. Dia dalam sesi latihan untuk menghadapi Jamboree Kuala Langat hujung minggu ini. Akoo plak hari terakhir kayuh minggu ini sebelum pergi sesi latihan selama 4 hari untuk menambah ilmu di dada.

Kumpul di Presint 5 - Taman Empangan dan target adalah 40km non-stop. At least berhenti seminit untuk minum. Set Sportstracker dan My Track tapi gps tak berapa nak detect. So track adalah seperti gambar di bawah. Dengan My track dia detect top speed dalam 48km/h tapi dengan Sportstracker = 64km/h. Gilo laju!

Data di Sports Tracker: (Klik Sini)


View 08/05/2012 21:19 in a larger map
Wednesday, May 9, 2012 5 comments

PIPR 16 - 20 Mei 2012


Maklumat lanjut: Search Inter-Park Rides di Facebook
Route update di: (Klik Sini)

Putrajaya Inter-Parks Ride (PIPR) edisi ke-16 (kot?) akan menemui peminat dan pengikut setia pada 20 Mei 2012 ini. Sebagai acara berbasikal pertama yang pernah akoo join maka setiap edisi PIPR adalah salah satu acara yang akoo nak join. Lagipun trailnya kat dalam Putrajaya je. Cuma kalau akoo join akoo akan pakai basikalipat dan berkayuh santai dengan geng Putrajaya Urban Riders (PUR). Tapi sayangnya kali ini akoo dah create event kat FB untuk berkayuh di Kota Warisan dan akoo akan teruskannya.
Tuesday, May 8, 2012 0 comments

Mari Kita Berkongsi Jalan Raya

Walaupun dah agak lambat nak up poster ni tapi akoo nak up jugak. Jemput baca dan fahamkan. Kalau tak boleh mengeja, please spell and read then make it understood.


Monday, May 7, 2012 0 comments

26km - Khamis Malam Jumaat - 3 Mei 2012

Untuk menguatkan otot-otot kaki dan kekuatan mental, Yusri petik untuk kayuhan malam sejauh 40km malam tu. Akoo memang tak de la nak cecah 40km tu sebab Jumaat kerja. Kalau Jumaat malam Sabtu punya kayuhan memang akoo pulun je sampai 40km tu. Takut esoknya tak bangun pula nak gi kerja.

Seperti biasa akoo ajak juga kat Facebook dan Group GTRiders. So ada la beberapa kerat yang turun. Akoo, Yusri, Apis, Syabrie dan Nasrul. Pastu masa lepak kat Simpang PICC datang lagi sorang solo rider budak SVS naik road bike. So berenam la malam tu dengan 2 RB. Yusri nak naik PICC tapi Security Guard tak bagi masuk. Tah apa yang ada kat atas tu. Kenderaan Polis pun beberapa kali keluar masuk.

Demi tidak mengecewakan Yusri, akoo cuba juga la kayuh laju lead jalan 30km/h+ tapi berjaya catat 26km sahaja. Route seperti di bawah sana. Cuma yang tak best bila kayuh camni, lambat sangat balik rumah. sampai rumah dah pukul 12.00 malam.

Pancit. Orang je. Tayar OK

Dua budak yang dihalang untuk masuk ke PICC oleh Pengawal Keselamatan

Dua budak yang kepancitan

Map: (Klik sini)

View Larger Map
Friday, May 4, 2012 2 comments

Market Watch: Basikalipat MTB - Behee




Dijumpai di Mudah.my (Klik sini)

Price : RM 950  
Item : 26" Folding mountain bike (Last Unit)
Status: NEW
Location : Cheras, KL & Ampang

1) Fully Shimano Shifter system
2) Double Layer Alloy Rim
3) F & R disk brake
4) F & R Suspension
5) Folding Safety System

Thursday, May 3, 2012 3 comments

GTRiders Next Event - Jamboree MTB Kuala Langat


Event: Jambori MTB Kuala Langat - Kayuhan Perpaduan
Tarikh: 13 Mei 2012
Details: (Klik sini)

GTRiders akan menghantar 11 orang peserta termasuk seorang yang akan bertanding di bawah acara veteran. Tumpuan dalaman akan tertumpu kepada persaingan di antara Raja Baru aka Chip - Yusri dan Raja Diguling - Ipin yang masing-masing cuba membuktikan siapa lebih hebat antara mereka berdua. Untuk nota Yusri telah mengalahkan Ipin pada Putrajaya MTB Jamboree pada 21 April lalu dan juga telah mendapat kedudukan ke-167 dari 2300++ peserta di Jasin Jamboree minggu lepas.

Akoo tidak dapat menyertai jambori ini kerana menghadiri Siri Latihan Motivasi di Kuala Lumpur. Sayang pula tak dapat nak join kali ini kerana pasukan ini disertai oleh bekas pemain ragbi kebangsaan yang pernah beraksi di SUKOM1998 - Narshidi yang bermain di posisi scrum half.




Route Kayuhan Perpaduan

0 comments

Night Ride Route - 40km+ di Putrajaya

Route cadangan Yusri untuk training pemecah jantung
View Larger Map
Tuesday, May 1, 2012 1 comments

Labour Day Special - Kayuhan Off Road di Kota Warisan

Lokasi: Kota Warisan - Kampung Semarang, Dengkil
Route: Estet Kelapa Sawit, tanah dan batu laterit. Pulang lalu highway
Jarak: 19km jerr... (60% road sebab dah tak larat...)

Asalnya akoo bercadang nak masuk PCP masa hari ni. Then bila ajukan cadangan ni kat Asnor, dia ajak layan trek kat Kota Warisan. Memandangkan dari dulu akoo carik peluang nak berbasikal dengan brader ni. Akoo pun setuju dan create event kat FB. Dari 70 orang yang diajak, 2 orang je yang datang - akoo ngan Asnor. Ok dah tu. At least ada dua orang dari tak de langsung.

Pagi-pagi Asnor dah call akoo - "Team Pujimac - Arash Mohd ada kat Mamak Hijas ni. Diorang pun kayuh kat sini."

Janji pukul 8.00 kat Mamak Hijas tapi akoo pukul 8.00 baru gerak dari rumah. So lepas sarapan ala kadar, gerak la dalam pukul 9.00 tu ke starting point sebelah stesen ERL. Nampak ada satu group mtb dalam 5 orang pun sedang start nak kayuh. Mulanya ingat kan group Arash Mohd tetapi cuma salah sorang je. Diorang pun first time nak masuk kat situ. So semua harapan terletak di bahu Asnor.

Bermula dengan jalan denai selebar tayar motor dan kemudian baru la masuk ke jalan estet kelapa sawit. Pendakian agak menegak jugak sampai akoo terpaksa menolak di beberapa kawasan. Cuma sampai kat kawasan lapang seperti dalam gambar di bawah barulah kayuhan lega sikit. Hanya pendakian landai dan downhill tak curam. Tapi akoo memang agak keletihan masa tu so lepas dalam 10km offroad, terus balik ke Kota Warisan dengan lalu jalan raya. 

Puncak tertinggi kena naik kat tiang letrik tu. Semua cakap - next time

Asnor: Kalau kat atas tu buleh nampak KLCC

Member Arash Mohd dengan baju hijau (Pujimac)

Dua brader first timer. Steady lah

Apa sajalah Asnor dok goreng tu

Terowong bawah Higway Elite

GPS - OK
Tak sesat punya

Selepas 2 jam tunggu baru diorang sampai. (ha ha ha acah je)

Fuji dan ape eh satu lagi ni....

GPS bro dah OK ke tu? Tak balik kitorang karang

XDS dan Fuji...

Trek bernadikan groupset XTR

Dalam ladang pun ada signboard tu. 



 
;