Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Friday, November 29, 2013 0 comments

Asah Asphalt Bai...


Tak tahu sapa punya gambar ni. Terjumpa di dalam WhatsApp. Superbike rider pun nangis wo. Siap asah siku dan lengan sekali. Apa barang lutut. 
Thursday, November 28, 2013 0 comments

GO GREEN!! LET'S RIDE (26/01/14)

GO GREEN!! LET'S RIDE

Details: (Klik Sini)
Ride: GO GREEN!! LET'S RIDE
Lokasi: Taman Tasik Cyberjaya,selangor
Tarikh: 26 Januari 2014
Anjuran: Gaateh Resources 

Trail:











Monday, November 25, 2013 0 comments

Tampin Nature Ride 27 Oktober 2013


Start dari belakang skit sebab sampai lambat. Setting beskal tak berapa cun kat WS. Tapi masa starting potong line. Pastu kat main road dalam 3-4km sebelum masuk jalan kampong. Laluan kebun getah yg diletak batu gravel kasar – agak bahaya dan menyukarkan pendakian. Beberapa kali lalu kandang ayam yang agak berbau kurang menyenangkan. Sekali tergolek kat jalan kebun getah nih sebab buat stunt lagi. Terkelengset kulit kat lutut tempat yang luka lama tu.

Keluar jalan kampong/getah masuk jalan kampong dan kelapa sawit pulak. Masa ni ada gak la terjumpa kengkawan sorang – Eddy. Tapi pastu rasa macam hilang tenaga / berat mengayuh.  Rupanya seatpost sudah mendap. So lepas beberapa ketika berhenti kat satu brader Chiru sedang terkial-kial tukar tayar, dia pakai tayar UST kot sampai susah sangat nak kepak. Lepas adjust seat post barulah meneruskan perjalanan ke bukit pacak tu. Akoo kayuh separuh pastu silap laluan kena cross alur air. Terus berhenti dan terpaksa la menolak sampai atas. Tapi yang tak best, brake akoo buat problem juga.

Lepas bukit pacak tu ada satu lagi bukit sebelahnya yang lagi tinggi tapi sikit landai dan dapat climb sampai abis. Masa turun downhill tu ada rider jatuh sedang diuruskan oleh pihak Marshall. Kemudian bermulalah siri on road dan off road yang berselang-seli. Dan rider Chiru tadi selamba potong balik. Yang akoo dapat rasa kali ini, on road akoo dapat maintain dengan stabil termasuk semasa pendakian. Memang terbaik hasil training interval atas trainer. 

Cuma, masalah cramp belum selesai. Cramp hadir juga skit-skit. Akoo sound dah kat peha tu jangan cramp dulu. Tapi mild cramp tu tetap ada selepas 30km+. Bertahan juga lah bawak perlahan-lahan. Masa nak abis tu panjat bukit Hospital Tampin - tempat di mana akoo lahir di dunia ini kira-kira 34 tahun yang lepas. Kan dah kata - Homegrown event! Event di tempat akoo dilahirkan. Masa ni ada satu rider potong dan akoo tak mampu nak kejar balik. 

So sampai kat stadium - Wah!! Ada nombor!! 128 tu! Tempat terbaik yang pernah akoo dapat. Tak sangka plak masih ada nombor walaupun beberapa kali berhenti dan start dari belakang dan kayuh perlahan-lahan. Eddy dapat nombor 120 dan Azmi dapat 126 kot. Depan akoo sikit jer. 

Pepahal pun, penganjuran oleh geng Kembara Negara memang sangat terbaik. Marshall cukup, marking jelas, air bersepah-sepah sampaikan tiba-tiba je ada check point air. Tak sangka sungguh. Trail memang baik walaupun ada yang komplen banyak road berbanding tahun lepas. Tahun lepas akoo daftar tapi tak join sebab ada hal lain. 

Akoo tak tunggu sampai abis. Lepas makan akoo balik kampung basuh beskal dan gerak balik Putrajaya melalui Beranang dan Semenyih. 

Trail: 3/5
Pengurusan: 4.5/5
Medal: 4/5
Overall: 4/5
Kepuashatian Diri Sendiri: 4/5





Wednesday, November 20, 2013 3 comments

Mari Bersenam menguatkan kaki dan perut


Jumpa workout ni kat dalam internet yang dipos oleh Kevin Zahri. Member pun ada pos kat dalam group WhatsApp Low Profile Cyclist. Gambar di atas telah diedit kerana mengandungi gambar rupabentuk topografi gunung dan lembah yang sangat mengghairahkan. 

Akoo dah try dah buat ni tapi agak mengancam jiwa terutama plank tu. So far akoo hanya berjaya tahan seminit sahaja sedangkan ada member yang dah berjaya tahan sampai 150 saat. Malam tadi dapat buat 2 set sahaja tapi rehat antara set tu sampai 2-3 minit.
Thursday, November 14, 2013 0 comments

Bukit Mahkota Bangi Charity Ride - 25 Dis


Details: (Klik Sini)

Event oleh BMB Cycling Team untuk mendapatkan dana membina masjid di Bukit Mahkota. Sekiranya tak leh join ride, sumbangan tetap dialu-alukan. Semoga barokah.
Wednesday, November 13, 2013 0 comments

Mari teka harga basikal - Pacific IF MOVE


Iklan asal di BBS (Klik Sini)

Dah lama tak menulis pasal basikalipat atau dalam omputihnya cakap folding bike atau singkatannya fb. Silap sebut fb orang ingat Facebook. Nak tau berapa harga jual basikalipat ni? RM5200 bro. Tambah RM300 lagi dapat Giant XTC 27.5 yang baru. Yang ni terpakai sudah.
Tuesday, November 12, 2013 0 comments

Geng Low Profile Ride (13 Oktober 2013)

Dari depan - Aziz Talha, Jafril, Nizam & Nizamudin (terlindung)

Bulan 10 merupakan bulan jadi budak baik. So ketenangan air halus manja. Setelah off untuk minggu pertama di bulan 10 sebab ada team building. So perancangan untuk off road pula dibuat pada Ahad 13 Oktober tu. Asal nak layan PCP je dengan geng-geng Low Profile Cyclist tapi Saudara Aziz telah ajak long distance skit. So akoo bawak diorang masuk Jenderam ikut trail BASH aritu. Tapi tak sampai naik Bukit Tok 4 Rashid sebab ada rider yang tak larat. 

Low Profile Cyclist ni group WhatsApp yang akoo buat untuk kumpul beberapa kerat basikalis untuk layan trail Sungai Lalang aritu. Tapi untuk kesekian kalinya niat ke sana gagal. Kemudian group tu dikekalkan dan ditambah dengan basikalis yang akoo ada nombor nya dan yang kurang menonjol. Keep Low. Karang tak pasal-pasal ada orang buat lawak submit profile. 

Ini dinamakan membajak sawah

Dari kiri - Nizam, Nizamudin & Jafril 

Nak basuh tapi masih ada jalan berlumpur untuk dilalui

Ketenangan air halus manja - suspect ada paip Syabas bocor

Kat bawah nih trail yang kitorang lalu lebih kurang sebab akoo tak de capture pakai GPS. Yang bawah ni akoo plot dengan RunnerAhead punya website. Untuk details trail - Klik Sini. Sekarang ni trail ni telah diperpanjangkan lagi dengan memasukan - Bukit Tok 4 Rashid - Jenderam Hulu - Jenderam Hilir - Lalu Tepi Sungai dan sebagainya. 


 
;