Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, October 29, 2013

KLMBH BASH #228 - Putrajaya (29 Sept)

View dari puncak Bukit Tok 4 Rashid - Nampak ghumah den...

Bulan buat perangai diteruskan. Kali ini menyertai buat pertama kalinya - BASH KLMBH. Bash bermaksud Bike + Hash. Masuk dalam trail ikut kertas yang menandakan route. 

Oleh kerana terdengarnya Bash kali yang ke 228 akan berlangsung di hometown Putrajaya, maka akoo pun berminat nak join. Geng BBS pun memberi respon untuk join. BC Kelolo pun join. So akoo pun nak join juga sebab boleh kayuh dari rumah. Starting dari Equestrian Park. Diorang ni start lambat dalam 9.30 pagi. So senang skit nak bersiap pagi tu. Akoo ada ngajak geng P5 Basikalis dan Din bersetuju untuk join. Geng GTRiders tak da yang berminat. Santai kot.

Din, Yazid (terlindung), Member Eddy, Fazlee CheTa, Khalid XCRider, Jonz, Miao, RJ Sutan dan Eddy

Briefing sebelum start kayuh

Berkonsepkan santai so akoo kayuh berkumpulan dengan diorang nih kat belakang-belakang. Lalu tepi pagar Equestrian Park (EP) dan cross bawah flyover menuju ke kolam mancing. Akoo tak tahu pun ada jalan kat situ!!! Lintas sungai dan menghala ke kampung Orang Asli dan ikut jalan lama yang ditinggalkan menuju ke Kampung Tok 4 Rashid. Kemudian menuju ke kaki bukit dan menaiki Bukit Tok 4 Rashid yang setiap hari akoo tengok dari depan rumah akoo. Akhirnya tercapai hasrat nak ikut trail ni. Akoo pernah naik tapi ikut jalan dari Kota Warisan.

Pastu turun kat pencawang Celcom dan berenti agak lama kerana leader tak jumpa sambungan trail. Lepas pada tu turun downhill pacak tegak yang tak berani nak kayuh. Dapat kayuh separuh pastu tolak sampai ke bawah. Sekali lagi menunggu lama sebab tak tahu jalan. Tiba-tiba sweeper yang keluar dari situ kerana leader tadi dah tersalah baca jalan. Jalan balik dah jadi jalan pergi. So kitorang amik keputusan untuk patah balik naik ke Bukit Tok 4 Rashid! PACAK tu bro.

Kawasan Pencawang Celcom

Putrajaya dari Kawasan Pencawang Celcom

Masa ni la brek start memberikan bunyi yang kurang menyenangkan. Terutama lepas layan downhill panjang dari puncak bukit ke kaki bukit. Sampai kat kampung kat bawah tu, sweeper panggil sebab salah jalan. Rupanya jalan baliknya lalu single trail yang selari dengan jalan datang tadi. Kemudian cross bawah jambatan dan kembali menuju ke Kampung Jenderam dan cross sungai ke kolam mancing. 

Kemudian lalu bawah bawah highway tu dan lalu kat kawasan lapang sebelah Desa Pinggiran Putra dan keluar di sebelah tempat pembancuhan simen La Farge bertentangan dengan EP. Tamat kayuhan dengan catatan lebih kurang 24km sahaja. Dan akoo pun menambah lagi satu km untuk berkayuh pulang ke rumah.

Bukit Tok 4 Rashid dari rumah

No comments:

Post a Comment

 
;