Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Thursday, October 17, 2013

Final Pieces had arrived (Lagi?)


Rim idaman akhirnya berjaya diperolehi dengan harga patut. Deore XT sahaja pun, bukanlah suatu yang sangat mewah pun kan. Biasa-biasa je. Yang best, wheelset (WS) ni blom dilanyak lagi oleh tuan asalnya yang telah upgred ke WS lain. Mungkin ramai yang tak berapa memandang tinggi kepada WS Shimano sebab hanya pakai loose bearing dan tidak menghasilkan bunyi-bunyian yang indah. 

Pakej yang hadir dengan WS ini agak menarik - Rim XT, hub XT, rotor XT, cassette XT (later dapat tau hanya deore so dapat potongan harga), tayar Racing Ralph (belakang) dan tayar Rocket Ron (depan). Kelebihan rim XT adalah - UST so boleh terus pasang valve (XT juga) dan - tubeless terus.

Setelah dimasukkan sealant dan dibaringkan untuk sidewall

Sebelum nih akoo pakai Shimano MT55 yg dapat sekali dengan basikal Polygon dulu. So ini kira upgred la skit. Berat dulu total kedua-dua rim dalam 3.7kg rasanya. Dan kali ini dapatlah kurangkan sedikit menjadi 3.5kg sahaja. Cassette dari MT55 dipindahkan ke XT dan lepas ni tayar road akan dipindahkan ke MT55. 

26" jer. Tapi kalau nak masuk 27.5" atau 29" pun nak pakai XT jugak

No comments:

Post a Comment

 
;