Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Monday, September 30, 2013 0 comments

15 September - Comeback oleh Abra di PCP

Layan Trail DH

Minggu buat perangai. Kali ni Abra minta temankan dia nak comeback lepas kejadian patah tangan masa layan Bukit Kiara masa cuti Hari Pekerja (1 Mei) aritu. Dia yang mengajar akoo layan PCP ni so akoo amik masa sikitlah untuk temankan dia. Pada masa yang sama beberapa chatters kat BBS pun turut serta - Khalid (XCRider), Jonz dan BC Kelolo bersama segerombolan askar-askarnya. Total satu loop sahaja tapi lambat abisnya sebab banyak sesi networking dan soal jawab serta soal selidik. So far OK je sebab memang niat untuk bersantai.

Awal-awal tayar Khalid pecah sebab kurang pressure + lompat-melompat

Meriahnya...

Sesi rawatan (akoo jatuh dan kulit tersiat - ala skit jer)

Dari kiri - Resident Specialist, Resident Tech (e-Manager) & Resident Rider

Petang sikit akoo bawak la anak akoo gi mandi kat kolam Presint 6 tu. Seronoklah dia sebab sebelum ni ada sahaja yang tak bagi dia nak gi mandi kat situ. Akoo tak mandi sekali, hari Ahad kolam budak penuh. Anak akoo ni ajak gi kolam dalam skit dia tak nak. Karang kalau ditinggalkan, mau terapung sorang-sorang plak. 



Thursday, September 26, 2013 0 comments

14/9 - Trail Sg Buah (GTRiders)


Setelah mendapat keizinan, akoo bercadang nak layan off-road pada 14 September 2013. Pada asalnya akoo nak berkayuh ke Sungai Lalang yang dah banyak kali akoo gagal nak ke sana. Macam-macam halangan. Dan kali ini, gagal lagi untuk ke sana kerana tiada siapa nak guide.

So Sungai Buah menjadi pengganti. Dapat mengumpul 7 orang riders termasuk akoo. Yang lain - Haji Ikram, Yusri, Hashni, Hisamudin, Duan dan Miao (BBS). Kali ini akoo tumpang Hashni yang tunggu akoo kat kedai mamak yang berhampiran PCP. Kemudian menuju ke Seri Putra. Lepas settle sarapan, mula la bergerak masuk ke trail melalui Kampung Sungai Buah. 

Masuk je off-road dah sesat skit. Dari nak reverse terus jadi double reverse. Tapi ok lah. Layan trail pokok getah, lalu sungai, lalu bawah pencawang, lalu kat paip gas, ladang sawit dan juga lalu single trail lereng bukit. Jumlah keseluruhan dapatlah 30km. Akoo kali ni ada rasa improve sejak dari buat training secara interval. Naik bukit nampak banyak membantu. Cuma lepas km ke-25 akoo dah mula rasa nak krem kat peha. So perkara inilah yang masih belum improve. 

Lepas abis kayuh, lepak jap minum pastu ke PCP sekejap. Tapi basuh basikal sahaja lah. 

Haji Ikram, Hisamudin, Hashni, Yusri, Joe, Duan & Miao




Yeah, tempat bersidai


Wednesday, September 25, 2013 0 comments

Next Event - Tampin Nature 2013


Homegrown Event nih - Tampin Nature 2013. Tahun lepas punya sudah miss sebab ada event lain. So tahun ini bercadang untuk masuk. Kalau tak de geng, balik kampung dulu. Kalau ada geng dari Putrajaya / Dengkil - maka carpool lah sebelum Subuh. Tarikh akhir daftar 17 Oktober tapi kalau daftar sebelum 26 September harga dia RM50 kalau lepas tu jadi RM60. Khabarnya 40km tapi tak macam Hypertrax Dengkil la. Kali ini ingin mencuba mencatatkan ranking yang baik. 

Details: (Klik Sini)

Baru teringat - tahun lepas akoo daftar dan bayar tapi tak dapat pergi so member KdB yang tolong pergikan.

Tuesday, September 24, 2013 0 comments

8 September - Kayuhan Lepas Asar PCP - Xterra (Kubur)


Macam biasa juga la. Lepas Asar akoo redah ke PCP carik korum. Sekali ada event kat situ. Acara realiti TV khabarnya menampilkan Anuar Manan. Polygon sebagai sponsor basikal. Padan la petang-petang pun ramai awek. Diorang race pusing jalan raya kat depan PCP tu. Acara dalam PCP diorang dah buat masa pukul 3.00. Akoo turun PCP ni pun sebab Abang Om (Umar Hafez) petik kat Group FB - PCP Regulars. Jep toke kedai pun kata nak ON. 


Tiba-tiba ada sorang brader dari Shah Alam menyapa ngajak masuk PCP. Geng DR2 (Abang Om & Ejeap) ngajak layan trail Xterra. Memandangkan hari dah lewat, akoo layan brader Shah Alam ni je sebab Xterra karang lambat sangat plak. Tapi malang tak berbau, tayar brader Shah Alam bocor dan yang bestnya - tiub dia bawa pam pula tinggal dalam kereta. Takdir Allah - Geng DR2 muncul dengan pam. So settle satu masalah. 


Selesai acara tukar tiub, kitorang follow geng DR2 lalu ke trail Xterra yang mengelilingi kubur. Diorang nih pakai 27.5 dan 29 so berdesup la pergi. Akoo la yang terkontang-kanting layan bump kat padang depan rumah akoo tu. Abis lewat kali ini. Sekian...




Monday, September 23, 2013 0 comments

Khas untuk Off-road waktu malam


Kalau tak terang jugak, sila tukar cermin mata atau kalau bajet lebih sila tukar mata tu sekali. Tapi lebih afdal tambah motor sekali kat crank. Senang skit nak climbing. 
Friday, September 6, 2013 0 comments

Maun kao???


Gambar ehsan bebudak BBS kat Chatbox tu. Diorang dapat dari FaceBook. Ini berapa la top speed dia nih. Berapa gigi ntah. Mau 100 nih. Dah nak besar dulang dah.
Monday, September 2, 2013 4 comments

Kayuhan 5K di PCP - 1 Sept 2013

5K - Keseorangan, Kehujanan, Kelicinan, Kebasahan dan Kejatuhan

Bukit dikejauhan tu sangat akoo nak naik. Rumah akoo blok yang paling kanan (jauh)

1 September 2013 - bermula dengan cerah di waktu pagi, hujan di sebelah awal petang dan berhenti hujan selepas Asar. So akoo pun invite la beberapa orang di WhatsApp dan juga FB (Grup: PCP Regulars). Mulanya Ejeap (Warung Nasi Lemak / Roti Canai di hujung PCP) reply macam ON. Sekali dah sampai parking dia kata balik kampung pula. So nak tak nak kayuh aje la sensorang. Tapi sebelum masuk bacalah surah-surah lazim dan berdoa. Satu je yg akoo lupa - lupa bagi salam. Kera banyak yang teman masa kayuh tu.

Mulanya tak hujan. Pun begitu, akoo skip je rock garden tu. Tapi masa sampai kat gazebo tengah, Start pulak hujan. Masa akoo turun downhill tu akoo turun sambil mengigil-gigil. Lepas nak climbing zigzag (Switchback) akoo silap gear dan clip tak release dan jatuh. Bercalar yg pedih jugak la siku ni. Then naik ke desert hill dan start la amik gambar. Sampai ke puncak Menara Tinjau (gambar atas) rasanya dalam pukul 6.20. Turun dari menara, akoo nak layan rock garden tu tapi goyang. 2 kali akoo repeat sampai kali yg terakhir tu jatuh ke tebing dan rusuk terhentak batu. So jangan cari pasal, akoo tolak je la turun. Kalau berdua, akoo cuba juga untuk hilangkan perasaan takut. Hujan semakin lebat, lepas siap basuh akoo pun berkayuh balik. 

Galeri:

Entrance, masa untuk membaca doa

Redup jer kan

Gazebo tengah sejurus sebelum start hujan

Oh yeah. Jatuh yg pertama...

Pondok puncak Desert Hill

Kesan kebakaran hutan

Siapa nak gi tengok bunga api bulan 9 ni sangat clear

 
;