Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Wednesday, September 5, 2012

31 Ogos - Makan tanah di PCP

Sempena Merdeka ke-55, akoo dengan geng budak kilang Meditop - GTRiders meredah Putrajaya Challenge Park (PCP) atau nama Melayunya - Taman Cabaran Putrajaya meredah hutan. Walaupun pada asalnya akoo tak nak masuk hari Jumaat tu sebab nak layan ngan Geng Team Siput BBS hari Sabtu tapi entah macam mana akoo layan jugak hari Jumaat. Akoo dah terlambat so tunggu kat bawah dan tiba-tiba muncul Hazrul09 dan Zulsaturn (BBS) disertai oleh Qassim Merida O-Nine dan 2 orang lagi geng Bandar Kinrara.

Dengan confident akoo melusuri semua halangan dengan selamba berkat brek yang dah upgrade dari mekanikal ke hidraulik. Kali ini kitorang turun di trek tak bernombor atau akoo panggil 'Trek Jonz' cuma tak lalu Trek No. 2 sahaja. Oleh kerana otot dah kendur skit dan perut penuh hazard kuih raya, maka kebanyakkan pendakian lebih dinamakan penolakan sahaja.

Oleh kerana Allah nak memberi sedikit peringatan kat akoo, final corner sebelum sampai ke starting point akoo tersembam setelah terbalik kuang. Turun agak laju (confident lebih sambil riak dalam hati), sekali sedang brek ada lekuk skit. Tayar depan masuk, fork menyerap hentakan, tayar lock dan tayar belakang terangkat ke depan. Kedebum! Nangka busuk dah.

Kalau terbabas buleh sempat lompat ke tepi, pegang dahan, peluk pokok. Tapi kalau kena balik kuang nih memang makan tanah le jawabnya tak sempat nak nak golek-golek dah. Calar-calar je tapi 3 jari belah kiri agak kebas sampai ke hari ini tapi insyaAllah tak de ape yang teruk kot sebab rasanya bengkak sahaja. Terus macam blur lepas tu. Bukan sebab kepala terhentak tapi tak puas hati rekod tak pernah jatuh di PCP terlebur akibat perasaan terlalu yakin.

Tapi geng GTRiders pun rupanya semua dikhabarkan terjatuh. Yusri jatuh di tempat yang sama. Hashni tak pasti jatuh di mana tapi nampak kecederaan lebih serius. Haji Ikram pun mengaku jatuh tapi dia agak hampir pitam semasa di gazebo mengadap kuarters.

Dari kiri Hazrul09, ZulSaturn, Danny, Zack & Qassim

Sabtu pagi badan agak sengal-sengal jadi akoo tak jadi kayuh dengan geng BBS. Tapi datang juga ke PCP tunjuk muka sempatlah jumpa Maxxdin dan DsBke Wan.

No comments:

Post a Comment

 
;