Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, July 31, 2012 4 comments

Frame Audi (MTB) - Carbon lagi...


Ini adalah sangat terbaik. Frame Audi Carbon. 1.38kg sahaja untuk MTB.
Harga? Sila carik nama - Alan Mat Noor di Facebook.
1 comments

Marked & Spotted - Raleigh sama macam basikal den untuk dijual

Ahaks... samo macam yg den punyo - frame dengan rim eh yo lah. Barang yang lelain eh berbezo. Dulu den boli GS eh Deore tapi brek mekanikal. Cumo den baru upgrade RD - SLX, brek hidraulik dan pakai rim Mavic. Hargo pun lobih kurang maso den boli dulu jugak.

Details:
Raleigh Elite Disc di BBS (Klik Sini)




Friday, July 27, 2012 0 comments

Iklan BBS - Limited Edition Ez-Walker Foldable Bike



Iklan dijumpai di BBS (klik sini)
Cool yaw...
huhuhu...
Wednesday, July 18, 2012 0 comments

WTS: Colnago Twenty-Six - RM10k - complete + many extra

Colnago twenty six saiz 15 (5700).. Only 10 in malaysia..
Beli ujung feb 12.. Sekali jek offroad.. 
Saddle fizik aliante (400)..
 Seat post, stem, riser handlebar & bottle cage FSA (500).. 
Headtube Mortop (120).. 5
Fork Fox (1500).. 
Sram XO group set 170mm with X9 cassete (2500), 
disc brek 180mm depan belakang lupe brand (150).. 
Seat post quick release After 12 (70).. 
Rim ZTR Crest with Fastace hub & maxxis cross max tyre (900)..
 Pedal vp component (180).. 
Pro meter (170)..
Grip ODI baru beli pasang dan terus jual tak pernah pakai (75)

 free gift botol air, stand, bag, colnago headtube, colnago hub, colnago saddle, colnago seat clamp dan sume barang mtb yg lain lah..
 Ponat nak type nie.. 
Ape ade amik jek la.. 
Bukak 10k.. 
Very2 urgent..

Please Call - Ajim @012 336 5999 - BBBangi





















Wednesday, July 11, 2012 0 comments

Berhenti Kayuh Buat Sementara

Hello World...
Ahlan Wa Sahlan

Ini budak blom ada nama lagi. So far just panggil Ahmad. Lahir 7.50 malam 10 Julai 2012. So semua aktiviti kayuhan terpaksa direhatkan buat sementara waktu. Kalau rasa rindu kat switchback - bukak tingkap dan tengok je la PCP dari jauh. 


Sunday, July 8, 2012 2 comments

Pahit Payau di Jamboree Kuntau - 17 Jun 2012

Jamboree terakhir yang akan akoo layan sebelum puasa dan juga sebelum orang rumah bersalin dalam bulan Julai ni. Mood dia pun nampak OK untuk lepaskan akoo gi berjamboree masa ni. So kira terbaik lah. Yang tak baiknya adalah akoo tak de buat training langsung. Kayuh pun seminggu sekali je skang ni. Tapi semangat punya pasal memang akoo ready awal nak gi jamboree ni. Basikal semua dah siap masuk kereta dari malam. Baju nak pakai, baju spare semua dah siap dalam capaian. 

Gerak pun on time. Sampai di meet point paling awal di Masjid Semenyih. Masa tu Yusri sampai kendian. Ipin, Duan ngan Lan sampai lambat skit. Apis memang tak yah tanya la. Gagal bukak mata. Pahit Payau baru nak start - helmet tinggal. Call member-member lain semua dah gerak plak. Takde helmet spare. Kat tempat parking akoo dah malas nak bersiap dah. Bebudak lain dah gi starting grid akoo dok pusing sana sini lagi. Tak keruan. Last-last akoo beli gak helmet Fox China dengan harga mahal. Hampeh. Tapi tu la yang paling murah. 

Start macam biasa kat belakang dengan Saudara Zul Fuji 29ers. Tapi starting je la sekali. Lepas tu masa tunggu hadiah baru jumpa balik. 42km ingat an selamba je. Rupanya naik turun bukit. Naik naik naik naik sekali turun. Pastu naik balik. Argh... Lepas 25km akoo cramp. Mulanya ada brader sapu yoko-yoko. Buleh la jalan sekejap. Sebelum cross jalan besar ada crew sembur spray. Lepas pada tu berkayuh dalam kepedihan la selama hampir 20km. So finisher jugak la akoo walaupun amik masa 4 jam lebih dengan nombor 873.

GTRiders di Kuntau

King IpinUpin

Bang Duan

King IpinUpin

Baru lepas kena spray dengan crew

Mentang fotografer ni kenal akoo, bontot pun nak diambilnya gambar

Cip dalam kehujanan

Thursday, July 5, 2012 0 comments

Kayuhan Sesat di Kota Warisan (10/06/2012)

Lama tak dapat nak update. Kayuhan Sesat ni dianggotai oleh beberapa orang antaranya - Akoo, Asnor, Ikram, Shahrol, Saharudin dan Hazrul. Mulanya akoo invite kat FB pakai event punya invitation tapi tak ramai pun respon. Cuma akhirnya Shahrol ngan Hazrul respon kat BBS chatbox. So dapat la 6 orang. Tu pun kalau tak 5 orang je sebab Asnor tak berapa sihat. So sebab Asnor lambat, kita pun mula lambat juga la.

Kali ni kitorang gagahkan juga ke pencawang dan amik gambar. Bukti yang dah sampai pencawang. Kali ni diorang nak test jalan lain - masuk kanan masa kat terowong ELITE tu. So kesudahannya memang sampai ke area Jenderam punya kampung tapi diorang tak nak lalu jalan tar. So redah balik masuk jalan kelapa sawit. Itu yang sampai sosek baghek tu. Takda jalan, denai diluruskan. 

Insiden memang banyak la. Rantai akoo berapa kali dah menjatuhkan diri. Nasib baik la ada Hazrul aka Racer. Lepas pada tu kemuncaknya - rantai Shahrol pulak yang terputus masa mendaki. Sekali lagi Hazrul la penyelamatnya. Itu yang buat lambat sampai ke start point. Hitam la kitorang ni.

Haji Ikram - GTRiders

Hazrul09 - BBS Cyclist

Ringan sungguh ini basikal

Port wajib. 


Penunggu PCP (akan dibahaskan kelak)

Pemandangan di pencawang

Asnor dibelakang sana sedang setup route dengan GPS

Bukti nak bagi kat orang rumah

Sayup-sayup rumah den

Bukti nak bagi kat kengkawan

Oh yeah, pitstop yang ke-18

Berehat kali ke-23

Doktor membuat rawatan pesakit luar

Pesakit luar....

If you don't have tool - you must have Hazrul

17km jer. Target pasni 30km

 
;