Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Sunday, April 29, 2012 0 comments

Gagal ke Le Tour de Morib


Jumaat tu akoo makan pagi ngan petang kat kantin kilang je. Malam baru makan kat rumah tu pun tapau McD jer. Tapi malam tu la startnya akoo kena keracunan makanan. Cirit-birit sampai ke pagi tu. Kalau dah asyik membuang je tubuh dah macam dehydrated. So pagi tu akoo SMS Abang Din Driver Tersohor dan Raja Sutan memberitahu yang akoo tak leh nak join. So terbaring je kat rumah. Tengah hari balik kampung orang rumah. Tu pun tak settle lagi sakit perut. 
Friday, April 27, 2012 4 comments

Route 32km di Putrajaya


View 26/04/2012 21:20 in a larger map
Wednesday, April 25, 2012 11 comments

Raleigh Ugo

Official gambar dari laman web Raleigh (klik sini)

Sekarang dah buleh dapat lagi murah pada harga di atas. Sebuah basikal yang baru buleh didapati pada harga RM750-RM850 sahaja.


Akoo pakai basikal ini setelah membeli basikal terpakai dengan harga RM550 yang berjaya dikurangkan dari RM700 yang diminta setelah beberapa kali sesi negosiasi secara SMS. Iklan basikal ini akoo jumpa di Mudah.my. So far basikal ini tidak pernah mengecewakan lagi. Paling jauh untuk satu perjalanan dalam 20km-25km. Jumlah jarak perjalanan menggunakan basikal ini sekitar 150km-250km. Sudah dua event di Putrajaya yang akoo masuk dengan basikal ini - Putrajaya Inter-Park Ride (PIPR) 12 dan 14. Group yang biasa layan basikal lipat pula - Putrajaya Urban Riders (PUR)

Komen secara keseluruhan - Sebuah basikal lipat yang boleh dikatakan above average (better than basic) dengan 7 speed yang sudah cukup untuk memanjat bukit (sudah sampai ke puncak PICC) dan juga dipacu dengan laju (25km/h ke 30km/h) bergantung pada kekuatan pengayuh. Basikal yang sangat santai dan selesa dikayuh di taman, di bandar dan dicelahan bangunan. Akoo pakai setiap hari untuk bergerak dari parking kereta ke lobi pejabat. 

Namun tidak boleh dipacu secara terlalu lasak. Mempunyai berat keseluruhan yang ringan - mudah diangkat untuk dimasukkan dalam boot kereta setelah dilipat. Saddle yang amat selesa dan tidak menyakitkan punggung walaupun dikayuh pada jarak yang jauh. Menurut rakan yang terlibat dalam perlumbaan basikal lipat - Raleigh Ugo ini boleh di'upgrade' dengan sedikit penambahan accessory seperti crank perlumbaan dan juga disc brake. 

Oleh itu akoo menganugerahkan 3.5/5 kepada basikal ini secara keseluruhan. 5/5 untuk value for money. Murah dan setanding dengan jenama dan model lain yang mencecah ribuan ringgit.
0 comments

BBS Cyclist di Putrajaya MTB Jamboree


Geng Siput BBS telah menyertai Putrajaya MTB Jamboree. Rasanya ada 5 orang yang pakai jersi siput masa tu. Akoo nak juga pakai tapi oleh kerana yuran jamboree pun dibiayai oleh Haji Ikram so akoo pakai la baju World Earth Hour GTRiders aritu.
Monday, April 23, 2012 0 comments

My first MTB Jamboree - Putrajaya MTB Jamboree

GTRiders - Bebudak kilang Meditop

Semua sudah ready

Dapat medal. Tapi nombor tak naik

Lepas masuk air terus clear lumpur

Ex-schoolmate yang dah 8 tahun tak jumpa - Ayan

Dah nasib rumah flat - kena basuh kat PCP

Showroom condition

Horray - my first medal. Finisher ok?

Mulanya akoo macam tak jadi nak join sebab macam tak de bajet. Tapi Haji Ikram kata dia nak bayarkan dulu then bayar balik kat dia. So akoo pun confirm la masuk. Lagipun kat Putrajaya je kan. Bukan jauh mana pun. Cuma yang tak bestnya - mintak route diorang tak bagi pun. Risau gak kena tapau je RM50 tu karang.

So akoo register under GTRiders - team bebudak Kilang Meditop. 6 orang yang masuk kali ni - Yusri, Botak, Wan, Haji, Ipin dan akoo. Starting akoo, Haji ngan Wan dok belakang yang lain duduk depan. Tapi tu la duduk belakang memang tersekat je la. Start kat Wetland - Taman Rimba Alam - Wetland balik. Masa kat Taman Rimba Alam rantai akoo 3 kali jatuh masa change gear. Tu yang buat jauh tertinggal kat belakang. 

Paling mencabar masa kena tolak basikal naik bukit tinggi tu. Dah la licin sebab semalam tu hujan. Kasut plak tak de stud. Memang terpaksa tolak perlahan-lahan. Rupanya bukan satu tempat - ada tiga tempat kena menolak. Paling tak best bila setiap check point air abis. Nasib baik pisang tak abis. Cuma kat tempat pisang tu Wan terduduk sebab tayar dia pancit. Sorry Wan akoo tak dapat nak tolong. 

Tapi lepas makan pisang tu bukan main bertenaga akoo rasa. Kayuhan lancar dan konsisten. Dapat la potong dalam 30 riders. Sampai la ke tempat cross air tu akoo kayuh jugak perlahan-lahan. Cuma lepas keluar air tu dah tak berapa kuat nak kayuh so perlahan skit mengayuh. Bateri meter plak kong. So tak leh nak determine berapa speed yang sebenar. 

Akhirnya akoo tamat kayuhan dan dapat medal. Finish pukul 11.10 la lebih kurang. Orang terawal abis dalam pukul 10 je. Gila laju diorang. Lepak dengan Ayan je lepas tu sampai abis acara sampai hadiah dan cabutan bertuah. Petang sambung lepak ngan dia makan kat Presint Diplomatik. 

Secara keseluruhannya akoo sangat berpuas hati dengan jamboree ini dan looking forward untuk menyertai jamboree yang lain. Akoo bercadang nak masuk jamboree Kuntau pada 17 Jun 2012 ni. Bulan 5 ada banyak aktiviti lain. 
Friday, April 20, 2012 0 comments

Model folding bike show...

Muka garang je model ni. Senyum la skit.
Wednesday, April 18, 2012 0 comments

Logo GTRiders - Yang mana satu?

Konsep: Yusri & Fahmir

VS 
Konsep: Joe Radzif

Tapi nak bagi tau, dua-dua pun akoo yang draw pakai Paint dan Excel je. Tambahan plak akoo nih bukan kreatif sangat sebab tu design dia biasa-biasa je.
Monday, April 16, 2012 0 comments

Le Tour de Morib - 28 April 2012



Untuk maklumat lengkap sila ke Facebook dan search: Le Tua de Morib dan cari event
Untuk mendaftar secara online: (Klik Sini)
Sunday, April 15, 2012 0 comments

Menjengah Putrajaya Challenge Park (PCP) buat kali pertama

Setelah 7 bulan berjiran dengan PCP, akhirnya akoo telah menjejakkan kaki untuk kali pertama di situ dengan basikal Raleigh Usang akoo tu. Kali ni setting dengan beberapa orang yang dah sangat familiar dengan track dalam PCP tu. Antaranya Rozaidin (satu blok), JonzCY (BBS), Yusri (Cip GTRiders) dan Syabrie (satu blok). Yang lain ON kecuali Syabrie sebab dia perlu jaga baby. Mithali tu derrr...

Then yang join lepas tu - Bang Mat (Ash Burn), Zul dan Haji Ikram jumpa di puncak sebelum turun ke tempat mula. Akoo terus terang memang sangat kekok masa masuk off road yang panjat memanjat, turun menurun dan lompat melompat akar kayu ni. Masa first downhill pun akoo hampir terbabas tapi tak jatuh. Cuma lepas tu masa nak naik tu akoo jatuh sebab salah pakai gear. 

Tapi fun layan PCP ni walaupun letih dan tak layan semua trail. Banyak tolak dari kayuh pun buleh jadi. Bila manjat bukit - tak larat - tolak. Bila turun switchback - tak berani - tolak lagi... So lepas ni buleh la layan lagi dalam tempoh 3 minggu. Pepahal pun tetap akan cuba untuk elakkan kecederaan.























Saturday, April 14, 2012 0 comments

Night Ride - 13th April - No comers so join other group

Ni la sekali berhenti di Cyberjaya

Memandangkan semua yang akoo ajak untuk kayuhan malam 13 April menarik diri so akoo decide nak join group abang Colnago. Diorang berempat 2 Road Bike dan 2 Mountain Bike dan jadi lima bila tambah lagi satu Raleigh Season. So diorang ni agak laju dan agak jauh perjalanannya. 

Akoo ingat an malam nih nak cuba route 25km yang akoo draw siang tadi. Tapi diorang ada route yang lagi jauh - 35km++. Dan yang paling haru - almost non-stop. Ada sekali je berhenti sebab ada sorang agak tertinggal. Tu pun selepas 17.7km - separuh jalan dah tu. Akoo siap tanya pada Pali Colnago - "Diorang ni tak de berenti ke?" Almaklumlah akoo pakai botol air karbonat je. Kalau tak berhenti, tak dapat la nak minum. Kena la pinjam Yusri punya satu lepas ni.

Tapi yang paling haru bila naik Bukit Mental - akoo rasa 3km tertinggal di belakang. Arghh....

Route tadi adalah seperti kat bawah ni. Adjust la bagi nampak semua. Kalau susah - klik je kat 'view larger map' tu.


View Larger Map
Friday, April 13, 2012 2 comments

Route untuk dicuba


View Larger Map
Thursday, April 12, 2012 0 comments

Rasah MTB Jamboree - 22 April 2012


Maklumat lengkap: (Klik Sini)
Nama: Rasah MTB Jamboree 2012
Venue: Rasah Kemayan RK4/16, Seremban 2
GPS: N2 41.328 E101 52.960
Tarikh: 22 April 2012
Masa:   7 Pagi- 1 Tengahari
Jarak Laluan : 40km
                      (Laluan Off road : Ladang kelapa sawit, Getah(Single Track), Hutan.)
PERTANYAAN:
    Azrin Shala (012-6551764)
    Iskandar (019-2710280 )
    Sonny Ritzuan (016-2371838)
Yuran Penyertaan: RM 30 seorang




0 comments

Ugo naik PICC...

Nih first time akoo bawak beskalipat ni naik ke PICC sampai ke puncaknya. Dapat juga buat beberapa round. Rupanya lagi berat rasanya kayuhan dengan basikalipat berbanding basikal gunung.









 
;