Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Sunday, February 12, 2012

Tutup yang lama, kita buka LIPATAN yang baru


Memandangkan Phase 6 kat kilang akoo dah siap dan parking kereta jadi jauh di belakang kilang (datang on time. Kalau datang awal buleh parking dekat). So akoo amik keputusan untuk cari basikal untuk berulang alik dari parking kereta ke lobi opis. 

Sebenarnya basikal lipat bukanlah pilihan asal. Mulanya nak cari basikal besar (mtb/road) dan gantung di alat yang biasa orang letak kat belakang kereta tu. Tapi bila tanya pada Yusri, dia cakap JPJ tak lepas sebab halang lampu kereta (signal dan brake). Jadi akoo tukar kepada basikal lipat sebab buleh simpan dalam boot. Kalau dulu kereta Satria buleh masuk, tak kan lah kereta sedan yang akoo pakai skang tak muat plak kan.

Jadi pencarian bermula ke Mudah.my seperti biasa. Ada sorang mamat jual basikal lipat terpakai dari Jepun tapi operasinya di Kedah. So akoo tak nak ambil risiko. Sampailah akoo jumpa satu brother nak jual basikal lipat Raleigh model Ugo pada harga RM700. Duit insuran ada lagi so kira boleh terimalah harga tu. Tapi Nego tetap nego until let go. 

Akoo sms minta RM400. Dia kata RM600. Akoo minta RM500 dia cakap up la RM50. So setuju la pada harga RM550. COD di Shell Equin Park Jumaat malam Sabtu beberapa hari sebelum Raya Haji 2011. So akoo pun ajak Ajoi yang setuju nak follow tapi tak setuju naik Honda Accordnya. 

Masa jumpa brader tu, akoo tanya - muat ke masuk boot kereta saya nih. Dia lipat basikal tu, dan masukkan basikal tu dalam boot - Muaaaaat.... dia cakap. Sekali dah masuk, tak keluar dah. Yang keluar duit RM50 sebanyak 11 keping je. 

3 comments:

Anonymous said...

Ada lagi ke brother tu nak jual agaknya...ada contact dia tak

Joe Radzif said...

bro tu ada satu jer...

Unknown said...

visit this site find out click here for info find out you could try these out visit here

Post a Comment

 
;