Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Friday, February 24, 2012

Tips membeli sebuah basikal terpakai

Tips oleh Dsbke Wan di BBS Cyclist Group di FaceBook

Soalan: Saya seorang folding cyclist yg rasa macam beli mtb terpakai. Boleh dapat tips utk tengok basikal tu ok atau dah abused.

Jawapan:

1. Periksa dengan teliti frame ada tampalan stiker di mana2 bahagian pun.. minta izin kopek sticker tu untuk pemeriksaan kemik dan retak


2. Periksa headtube samada ada crack di sekeliling bahagian yang dimasukkan 'Headset'



3. Periksa bahagian Bottom Bracket Shell sama seperti diatas untuk keretakan atau BB cup masuk senget.


4. Periksa bahagian chainstay (lebih2 lagi driveside) chainstuck boleh merosakkan tubing bahagian ni.. periksa untuk keretakan juga di bahagian ini TERUTAMANYA di 'tab cable guide' yang dipatri dan welding sambungan antara BB shell dan juga drop out.


5. Periksa alignment (tegak vertikal) tayar belakang selari dengan tubing seat dan tayar depan (kalo fork rosak guide guna tube seat saja)..


6. Periksa 'drop out' untuk sebarang kerosakan dan bengkok.. perhatikan juga hanger Rear Derailer (RD) untuk sebarang bengkok, longgar dan retak. kalau haus kat dropout tu biasa la..


7. Buka seat clamp dan tarik seat post keluar, seat post yang jam boleh memeningkan kepala anda dikemudian hari.. periksa seatpost ada bengkok atau crack.. begitu juga dengan tubing seat frame tersebut.


8. Periksa cockpit (handlebar, grip, stem, saddle, dan headset) untuk sebarang kerosakan.. Headset yang longgar menandakan bearing yang tidak elok melainkan penjual memberitahu dia memang tak pernah servis bearing( jadi mintak kurang la sikit.. mahal tu headset)

9. Periksa fork.. kalau besuspensi periksa samada ia masih berfungsi dengan baik.. cara2 memeriksa fork suspensi:

9.1 Periksa crown. bahagian yang menyambungkan kedua2 belah kaki fork (kecuali lefty cuma sebelah) dengan tubing steerer yang dipasangkan di headtube frame itu.. periksa bengkok, retak, kesan modifikasi maut (retrofit steerer patah dan drill lubang mudguard).

9.2 Periksa stanchion tube iaitu bahagian atas bagi fork normal (kecuali inverted fork macam shiver, lefty, dorado, dan beberapa model lagi dari RST dan DNM) untuk sebarang calar, kemik, haus dan bengkok.. periksa juga seal lip (bibir) untuk sebarang kerosakan seperti koyak dan merekah.

9.3 Periksa slider iaitu kaki bawah fork tersebut untuk sebarang retak yang terbuka, pecah, kemik berlekuk, dan periksa juga bosses brake canti/V-brake (jika ada) IS disk brake mounting atau Post brake mounting(periksa tread lubang). periksa bahagian dropout fork untuk sebarang kerosakan... selalunya lower leg/ slider ni memang bercalar dan tak sedap dipandang, tetapi kerosakan kosmetik adalah biasa bagi MTB.

9.4 ni pening sikit.. tekan handelbar ke bawah untuk test suspensi untuk fungsi damper dan seal.
- cara2 nya.. ialah pusing damper rebound (jika fork tu ada rebound) ke arah positif atau paling perlahan (gambar kura2) tekan dan dengar minyak mengalir dalam circuit damper fork tu.. fork yang masih elok akan berfungsi seperti yang diset.. set kura2 dia slow, set arnab dia laju la retun semula lepas tekan.. kalo ada compression pula hang kena tanya kat tuan asai dia macam mana fungsi dia.. kemudian periksa knob2 tersebut samada jem atau tercabut/longgar.. (kalau ketat tanya dan suruh owner asal set bagi longgar, pernah ada kes pembeli kene tipu.. fork dah rosak ditempek/sendal knob rebound dengan kertas supaya tak tercabut) check juga knob preload.. kalau spring coil ada knob pusing yang ada +ve dan -ve.. kalau spring tekanan/mampatan udara pula periksa shredder/dunlop valve tempat tekanan udara dimasukkan dari sebarang kerosakan.. fork spring tekanan/mampatan udara yang rosak akan kehilangan udara dalam tempoh dari beberapa saat ke beberapa jam bergantung kepada kerosakan 'seal'.. fork ini akan berkurangan travel(kepanjangan pergerakan/serapan) dan akan menjadi pendek.. bila tekanan udara kurang/keluar..

9.5 Periksa sebarang sisipan/ kebocoran minyak hydarulik dari bibir (seal) fork.. fork yang bocor minyak hydauliknya meleleh.. untuk fork yang ada hydraulic damper jer... nak senang kalo fork itu tak dipasang di basikal, terbalikkan fork itu.. goncang fork tersebut(boleh dengar minyak kocak) perhati ada tak minyak keluar dari mana2 knob, atau seal. Tekan(kompress) fork tersebut dalam keadaan terbalik berulang.. perhati jika ada sebarang kebocoran dari seal dan knob.. jika bocor pertimbangkan semula pembelian.. jika owner itu boleh hantar untuk servis, dia sepatutnya buat..


10. Periksa roda/wheels dari sebarang kerosakan.. Tayar tidak merekah atau koyak.. Rim tidak bengkok, gelong, kemik, retak.. hub, freehub, bearing berfungsi dengan baik(tak goyang, rachet loose/terlepas, bearing berat/stuck) dan semua spoke cukup.


11. Periksa sistem brek samada berfungsi atau tidak.. ketebalan pad brake dan lever tidak cacat atau rosak..


12. Periksa gearset samada berfungsi baik atau ada tanda2 telah wear/haus.

Insyaallah dapat la beli basikal 2nd yang berkualiti.. Ingat.. kita pembeli(pengguna) kita ada hak untuk bertanya...

Gambar tambahan:




16 comments:

Jon 9W2ACY said...

nice write up... credit to wan DsBKe n to blog owner :)

Joe Radzif said...

Terima kasih Bro Jonz,

secara jujurnya ayat tu semua ayat DsBKe.
Tiada edit ke atas ayat.
Hanya susun balik biar nampak mudah dibaca
Dan tambah gambar biar orang seperti saya mudah nak paham

Jazakallah...

Anonymous said...

info yg bagus ..trima kasih bro

Joe Radzif said...

free for share...

Unknown said...

maa lebih baik body aluminium @ carbon

Unknown said...

maa lebih baik body aluminium @ carbon

Unknown said...

maa lebih baik body aluminium @ carbon

Joe Radzif said...

Bergantung kepada penggunaan...
dua-dua pun baik...

Anonymous said...

Bagus2..

Anonymous said...

Sok beli basikal

Anonymous said...

Nice guide, very detailed to check a 2nd hand bike Rare Malaysian Singapore Girl Pictures

yanmaneee said...

steph curry shoes
pandora jewelry
yeezy boost 350
yeezy boost
nike shox for men
kyrie 7 shoes
yeezy 380
golden goose sneakers
michael jordan shoes
supreme

Unknown said...

visit the website Dolabuy Gucci take a look at the site here buy replica bags online click to investigate Gucci Dolabuy

Angel said...

https://bayanlarsitesi.com/
Tokat
Kastamonu
Tekirdağ
Gümüşhane
2AT0K

3BCCCVictor0F0A4 said...

03DB0
Rize Lojistik
Kayseri Parça Eşya Taşıma
Adıyaman Lojistik
Elazığ Lojistik
Eskişehir Lojistik

49417Casey7D776 said...

68E0B
Raca Coin Hangi Borsada
Hexa Coin Hangi Borsada
Kwai Beğeni Hilesi
Tiktok Takipçi Satın Al
Bitcoin Çıkarma Siteleri
Big Wolf Coin Hangi Borsada
Threads Yeniden Paylaş Hilesi
Bitcoin Kazanma
Btcturk Borsası Güvenilir mi

Post a Comment

 
;