Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Tuesday, February 21, 2012

All Gears Are ON but.. The Rides Called OFF

Safety bib dan suar trek sudah ready

Selepas diterima masuk ke dalam group PUR di FB, akoo sangat bersemangat nak join riding diorang dan telah dijemput untuk aksi pertama pada malam ini (Selasa - 21/2 - Birthday Adam Danial). So akoo pun dah kelam kabut nak pakai apa yang sesuai untuk malam tu tambahan pula skang nih musim sejuk dan akoo pun dah mula semput sebab selalu ride malam dan mandi malam. 

Memandangkan track suit dah reput setelah dilanyak 10 tahun dan juga kasut futsal dah tercabut tapak sebab asik dibiar berpanas di dalam kereta, akoo amik keputusan untuk beli baru. Tapi tak jumpa kasut futsal yang menarik dan murah maka akoo antar repair aje siang tadi. Cantik lagi kasut tu. Banyak jasa dalam score gol.

Sayangnya, hari Selasa petang hujan lebat. Petang pun masih ada rintik-rintik. Semasa akoo di Pasar Malam Putrajaya, sempat akoo mesej diorang di FB. Then bila check balik dalam pukul 8.00, Mr. Adib announced yang rides called of due to pavements wet and slippery. Akoo cuba contact rakan-rakan lain kalau free. Abang Din ada di opis lagi. Saidin-san main badminton dengan budak opis. Ajoi pula nak rehat lepas letih main ragbi sentuh petang tu. So layan birthday boy je la di rumah suruh dia tido.

The gears
Bike - always ON
Helmet - ON - dah ready depan pintu 
Base layer - ON - baru basuh
Sweater - ON
Track suit - ON - semalam beli
Safety bib - ON - baru jumpa lepas selongkar stor
Kasut - ON - baru siap jahit keliling
Glove - ON - dalam kereta
uMMi - permit is ON
Adam - ON Tido dan hantarkan kepada 32199

No comments:

Post a Comment

 
;