Blog Jual Beli (Klik Gambar)

Sunday, January 22, 2012

Basikal lipat pertama akoo...

Di Pantai Paka sekitar tahun 2008

Basikal lipat pertama akoo adalah kepunyaan adik akoo - Anum yang akoo pinjam pada tahun 2008 dulu. Basikal lipat jenama Lerun. Condition masa tu tak dalam terbaik tapi still buleh dikayuh. Sumbat dalam arwah Satria GTi akoo dulu dari Johol sampai la ke Paka. Masa tu Pria Ganteng akoo tak lahir lagi so muat la dalam kereta tu sebab barang pun tak banyak lagi. 

Ride paling jauh pun ke penghujung jalan kat Pantai Paka tu. Keluar dari sempadan Paka memang tak pernah. Oleh kerana basikal lipat nih gear dia terhad jadi tak sesuai nak merentas dari pekan ke pekan. Kononnya dengan basikal ni buleh keep fit la. Tapi ternyata tak ke mana pun. Lepas Adam Danial lahir, akoo rasa dah stop riding dan akhirnya basikal tu pun naik lori dari Paka ke Bangi. 

Kemudian terbiar usang di Bangi sampai lah akoo pindah ke Putrajaya di mana Anum dah ambil balik basikal tu dan menjadikannya cantik semula. Mesti dia marah kat akoo sebab tak jaga basikal lipat dia. Sorry la Anum. He he he...

No comments:

Post a Comment

 
;